Hari ni topik TTC. Da setahun kawin, and aku pon cam da muak nak dengar curahan soalan tanya dah ade anak ke belum, bila nak pregnant. Jawapan simple dari aku dan hubby "belum ada rezeki". Aku rajin juga baca blog-blog mereka yang TTC, yang dah buat rawatan, yang dah berjaya. Tapi aku apa pon tak start lagi. Tak tahu la kenapa, tapi hati ni berat je rasa nak buat rawatan. Sebab apa, aku pon tak tahu.
Tipulah kalau aku takde rasa nak anak langsung. Cuma, entahla. Kadang-kadang semangat tu lari entah kemana. Punca dari mana aku tak tahu. Pelik kan? Malas lebih menguasai diri. Aku seakan nak benda jadi mudah. Intercourse lepas tu terus lekat. Aku pon tak faham dengan diri sendiri yang sangat degil untuk dapatkan rawatan. Jamu aku makan, cubaan untuk kurangkan berat badan, cuma rawatan di hospital je aku belum lakukan.
Bulan ni, 50-50 je sebab panjat Bukit Broga bagai hari tu, tak tau la lekat ke tak bulan ni. Lagipon aku baru habis Provera bulan Disember hari tuh. So, tak harap bulan ni lekat. Selalunya, lepas Provera, 2 3 bulan lepas tu baru TTC semula.
Come on Fatin! Get up and work things out!!
1 comments:
try mkn buah zuriat..
Post a Comment