Tuesday, July 31, 2012

Pengalaman HSG

Hi all.. Hari tu dan janji nak tulis pasal HSG. Actually, HSG aku tunda dari 25hb Julai kepada 30 Julai sebab doktor lupa nak bagi aku steroid sebab aku ade allergic pada ubat.

Hari kejadian aku drive sendiri ke Hospital Serdang. Hati berdebar-debar ni. Sampai je Hospital Serdang ada sorang doktor pelatih tu dah buat aku ragu-ragu nak buat HSG. Dia kate aku baru 25 tahun why nak buat HSG. HSG ni sakit sangat sebab akan masukkan cannula dalam rahim and suntik dye. Procedure same je cam nak buat PAP Smear.

1st thing 1st aku tanya nurse kat situ,

"sakit tak?"

nurse tu jawab,

"pernah buat pap smear tak? kalau pernah lebih kurang je."

Dalam hati aku, oh.. selamat. Pap smear tak sakit pun. So kalau lebih kurang should be tak sakit. Aku da baring dah kat atas meja x-ray tu. Pastu aku request doctor pelatih yang buatkan aku ragu-ragu nak buat HSG tu borak-borak dengan aku. So that perhatian tak la tertumpu pada proses yang doktor nak buat masa tu.

And.. Ni nak berlagak sikit. Hehe. HSG tak sakit pun. Senak je macam kita nak period 1st day. Perut rasa tak selesa. Da masuk cannula tu, doctor suntik dye. And diorg kate result aku ok. Uterus ok, tube both ok. Alhamdulillah.

Tapi, ada gak baca-baca kat blog lain pasal HSG. Lain orang lain pengalaman. Ade orang kate sakit sangat. Tapi pada aku tak berapa sakit la. Senak je. Maybe sebelum masuk bilik x-ray tu aku telan dulu actifast 2 bijik. So pada siapa-siapa yang 1st time nak HSG, maybe sebelum tu boleh telan actifast 2 bijik dulu ke untuk elakkan rasa sakit melampau. Tapi aku tak jamin kalau rasa sakit tu masih ada. Pada aku biasa je. And aku bleeding sehari je. Hari second da ok.

Sekarang da boleh start next step. Harap lepas HSG ni peluang untuk hamil lebih tinggi. Semoga sukses! InsyaAllah. :)

4 comments:

Anonymous said...

pap smear dan hsg x sakit tapi malu je kat nurse.kena buka panties dan baring dpn dia

FatinNadiah said...

tu la.. tapi sblm buat tu banyak baca kat blog2 sume kate sakit sgt la.
maybe lain orang lain2 kot.

Anonymous said...

ade nurse tu cerita, kena masukkan satu salur yg besi yg besar... then akan bleeding... betul ke? sakit sgt katanya...
sorg kwn tu pulak ckp, kalau bnyk lemak, salur tersumbat, tu yg sakit... ye ke?
takut nih...

FatinNadiah said...

memang ada masuk salur besi. tapi tak besar laaa..
bleeding sikit je..
and tak sakit pun. senak sikit2 je.
dont worry.. everything will be ok.
kalau rasa cam takut sakit.. borak2 dengan nurse yg jaga tu.. bia minda tak tertumpu pada HSG tuh.
hehehe. :)